Coretan dari Changsha

Di lapangan terbang Changsha, pedalaman China, semasa sedang memperbaharui wudhu sebelum menaiki pesawat pulang ke tanah air, saya diperhati dan disapa oleh seorang lelaki tua China, yang bertugas sebagai janitor (tukang bersih).

Dalam bahasa isyarat dia bertanya saya adakah saya sedang berwudhu. Bila dijawab ya, dia tunjukkan saya tempat untuk basuh kaki. Masa itu saya belum perolehi kaedah dan keyakinan berwudhu khuf. Dalam bahasa isyarat juga dia beritahu saya dia juga seorang Islam. Dan dia beritahu saya Islam dan solat itu bagus.

Hati saya rasa amat sayu, rendah diri, kerdil dan rasa amat berterima kasih kepada Allah SWT yang menghantar Nabi Muhammad SAW. Yang mana dengan ajaran, bimbingan dan akhlak baginda disusuli para sahabat serta pendakwah yang bertebaran ke seluruh dunia, Allah SWT mengurniakan iman kepada beribu juta manusia dari pelbagai bangsa.

Benarlah firman Allah apabila Dia menyuruh kita berjalan di muka bumi dan lihat kekuasaan dan kebesaranNya.

(Surah Al-An’am 6:11)

(Katakanlah (wahai Muhammad): “Mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat buruk (yang menimpa) orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul) itu.”)

(Surah Al-Ankabuut 29:20)

(Katakanlah: “Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya; kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baharu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.)

Dan benarlah firman Allah yang menyebut Dia mencipta manusia dalam pelbagai bangsa supaya mereka dapat saling kenal mengenali sesama mereka.

(Surah al-Hujurat 49:13)

(Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).)

Nordin Ibrahim
facebook.com/ibnordin
www.kembali.net

About nordin

I view myself as a quiet and low profile person. Additionally, my former landlady in Nedlands, Perth, Western Australia once told me I was an "intense" person. Well, she might be correct as well ...
This entry was posted in My Journeys. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *