Anak yatim

Pagi tadi saya ke sekolah anak-anak. Dijemput oleh pihak sekolah sebagai wakil PIBG di majlis penyerahan wang bantuan kepada anak yatim dan murid miskin. Dan dua hari dari sekarang ada satu lagi program di sekolah. Majlis khatam Qur’an dan berbuka puasa. Rasa macam wakil rakyat pula sibuknya. Namun abang ipar saya, seorang wakil rakyat, jauh lebih sibuk, berulang alik beberapa kali seminggu dari KL ke Pahang menemui penduduk di serata kawasannya.

Majlis penyampaian bantuan kepada anak yatim dan murid miskin ini ialah yang pertama kali untuk sekolah. Dan bagi diri saya, ini pertama kali saya mengetahui dan sedar rupanya di sekolah ini terdapat ramai anak yatim. 50 orang. Sayu dan hiba mengenangkan anak-anak kecil itu sudah tiada ibu atau bapa atau kedua-duanya. Amat bersyukur kerana saya dan adik-adik mempunyai ibu dan bapa sehinggalah kami semua berdikari. Amat bersyukur kerana anak-anak saya bukan sahaja ada ibu dan bapa tapi juga berkesempatan mendapat belaian kasih sayang Tokki, Tokwan, TokNyan, Atok, Wan dan Moyang mereka. Amat bersyukur kerana dalam masyarakat kita ada insan-insan yang gigih ikhlas menjaga dan memberi pembelaan kepada anak-anak yatim ini.

Jutaan terima kasih saya ucapkan pada AJK Pelaksana terdiri dari para guru yang telah gigih menjayakan majlis itu. Yang telah berusaha menghubungi Yayasan Islam Darul Ehsan. Dan berjaya mendapat kerjasama Yayasan untuk menghulurkan bantuan. Segala penat lelah hilang apabila melihat anak-anak berkenaan riang ceria menerima duit raya dan oleh-oleh. Semuga mereka berjaya dalam hidup ini menjadi anak soleh dan solehah serta menjadi hamba yang dikurniakan keredhaan oleh Tuhan Pencipta Dan Pentadbir Sekalian Alam.

Mungkin ini sebabnya Dia mendorong saya datang ke mesyuarat agong PIBG tempoh hari. Dan mendorong ibu bapa yang hadir menolak saya ke hadapan. Untuk memberi saya peluang menyumbang sedikit masa dan tenaga untuk anak-anak negara. Semuga Dia terima kita kembali sebagai abdi yang diredhai. Aamiin Ya Rabbal Alamiin.

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>